Selasa, 19 Mac 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG SK.JAWI (SBT) KALI KE-24
















Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya pada 16 Mac 2019 lalu. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Abdul Halim bin Hussain, Exco Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna & Pembangunan Keusahawanan, Pulau Pinang.

Pada pemilihan ahli jawatankuasa kali ini, mesyuarat telah sebulat suara memilih En. Mohd Roshanaffi bin Mohd Amin sebagai Yang Dipertua PIBG manakala NYDP En. Zamani bin Mohd Shadzaly telah dipilih melalui undi tertinggi (2 orang calon telah dikemukakan). Manakala senarai barisan ahli jawatankuasa juga telah dipilih secara sebulat suara.

Atas keputusan undian dalam Mesyuarat Agung kali ini berikut adalah senarai penuh AJK PIBG dan PIBK:

*YDP* : En Mohd Roshanaffi
*NYDP* : En Zamani
*Setiausaha* : Pn Noor Lubna
*Pen. Setiausaha* : En Sabarudin
*Bendahari* : En Zainuddin
*Pen. Bendahari*: Pn Sayyidah Raihan

*AJK PIBG Waris*
1. En Mohd Khaiyurus
2. En Mohammad Hazmin
3. En Mohd Shahril
4. En Rohaizar
5. En Fairus
6. En Faridil
7. Pn Hjh Siti Hawa
8. Pn Salawati
9. Pn Roslina
10. Pn Murni

*AJK PIBG Guru*
1. En Mohd Roshaydi
2. En Samsor
3. En Nor Hishamudin
4. Pn Nor Azwana
5. Pn Zahratul Akmal
6. Pn Rubavathi

*AJK PIBK*
1. En Abd Wahab
2. En Adi Fauzi
3. Pn Shariza
4. Pn Noor Sharinawate
5. Pn Nor Azian
6. Pn Faridah

Semoga barisan jawatankuasa yang mantap ini dapat bergabung idea dan tenaga bagi menyokong kecemerlangan anak-anak SK Jawi.

Khamis, 14 Mac 2019

SUMBANGAN SOFA UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH





SK.Jawi telah menerima sumbangan set sofa daripada syarikat Umpan Jaya Sdn. Bhd. untuk kegunaan majlis rasmi sekolah. Sumbangan ini telah disampaikan oleh pengurus syarikat sendiri iaitu Pn.Hajah Siti Hawa bt. Mohd Noordin merangkap AJK PIBG SK Jawi SBT pagi tadi di dewan Ar-Razi. Terima kasih diucapkan semoga sumbangan seperti ini dapat menceriakan lagi suasana dewan dan majlis rasmi sekolah akan datang.

Ahad, 10 Mac 2019

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24


Jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG SK.Jawi (SBT) Kali ke-24 yang akan berlangsung pada 16 Mac 2019 Sabtu di Dewan Ar-razi SK.Jawi.

Dijemput semua ibu bapa untuk hadir ke majlis ini supaya dapat berkongsi pendapat dan bermusyawarah dalam persatuan demi kejayaan dan kebajikan anak-anak permata SK.Jawi nanti.

Buku program dan pengisian pendaftaran mesyuarat kali ini akan berada di atas talian iaitu salah satu usaha bagi mencapai objektif sekolah etoz alam sekitar bagi mengurangkan penggunaan kertas (paperless). Klik pautan untuk muat turun

http://gg.gg/regpibgskjawi
(pendaftaran)

http://gg.gg/PIBG-SKJAWI
(buku program)


Selasa, 5 Mac 2019

MESYUARAT KHAS - USUL MESYUARAT AGUNG




Mesyuarat Agung PIBG sesi 2019/2020 yang dicadangkan pada 9 Februari 2019 ini telah diubah tarikh ke 16 Februari 2019 kerana terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.

Mesyuarat khas petang ini di adakan di kantin sekolah telah membincangkan usul-usul terkumpul yang telah diberi oleh ibu bapa untuk ditimbang tara di peringkat ajk terlebih dahulu sebelum berlangsungnya mesyuarat agung nanti.

Sabtu, 2 Mac 2019

SUMBANGAN BAJA DARI MYECOFARM SDN.BHD





Baru-baru ini SK Jawi telah menerima sumbangan 10 beg baja bio-organik untuk kegunaan dan kemudahan sekolah oleh pihak MYECOFARM Sdn. Bhd.

Sumbangan diberi sendiri oleh En. Zairul Fami b. Zakaria pengarah syarikat tersebut. Terima kasih diucapkan dan semoga dimurahkan rezeki selalu.